Latar belakang Pasukan_Gai

Pasukan ini ditubuhkan "setahun" lebih awal berbanding kebanyakan pasukan utama Konoha yang lain. Maito Gai bercadang untuk menunggu selama setahun dan memberikan mereka latihan secukupnya sebelum mendaftarkan mereka ke dalam ujian Peperiksaan Chūnin.

Pasukan Gai mahir dalam pertempuran jarak dekat, di mana ke semua ahli pasukan masing-masing menggunakan sejenis bentuk serangan fizikal. Pasukan Gai dilihat menonjol dengan penampilan berunsurkan tema "Kecinaan": Neji dengan gaya pertarungan berasaskan baguazhang; Lee dengan perwatakan unik hampir menyamai Bruce Lee; manakala Tenten pula mengenakan pakaian dan gaya pertarungan stereotaip bertemakan unsur kecinaan.

Walaupun Neji sudah menjadi ninja jonin di dalam Bahagian II, namun dia masih melakukan misi bersama Pasukan Gai (namun Neji pernah tidak menemani pasukan tersebut di dalam anime-khas babak "Biju Berekor-Tiga").

Pasukan Gai dan anggota pasukan "Konoha 11" yang lain telah membuat keputusan untuk membunuh Sasuke Uchiha dengan tujuan untuk mengelakkan berlakunya peperangan di antara Konohagakure dan Kumogakure. Namun begitu, mereka semua telah ditenangkan oleh Naruto Uzumaki bahawa dirinya sendiri yang akan menangani Sasuke.